Sunday, 28, April, 2024
Utama Sukan Dr Zaim johan golf alumni UUM

Dr Zaim johan golf alumni UUM

oleh Ammar Haziq

SINTOK – Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Za’im Ahmad dinobatkan sebagai johan dalam kategori alumni Kejohanan Golf Alumni 2023 yang dilangsungkan sempena dengan Majlis Konvekesyen ke-36 UUM.

Dr Zaim yang bermain dengan handikap tujuh bermain berdasarkan sistem stableford menduduki tempat pertama, manakala alumni Muhammad Firdaus Azihan (tempat Kedua) manakala Mohamad Rizal Mohamad Radzi (tempat ketiga).

Pemenang kategori keseluruhan di menangi oleh Pelajar Akademi Golf Nasional (AGN) UUM, Haziq Zamani, manakala pemenang kategori jemputan dan bukan alumni iaitu Amizul Amat manakala kategori pelajar pula di menangi oleh Muhammad Kall Danish Mohd Haikal.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM, Tan Sri Datuk Wira Dr Hj Mohd Shukor Hj Mahfar menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan yang disertai oleh 64 pemain.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan ketika ditemui di majlis berkenaan berkata, Kejohanan Golf Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) mengukuhkan ikatan dan jalinan empat penjuru antara universiti, alumni, pelajar dan industri.

“Program seperti ini pastinya dapat membantu kita semua membina hubungan jaringan kerja di antara universiti dengan alumni dan bukan alumni, yang mana melaluinya kita boleh bekerjasama untuk pembangunan dan manfaat kepada semua pihak,” ujar Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan ketika ditemui di Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Alumni sempena Pesta Konvokesyen ke-36 pagi ini.

Katanya, melalui kejohanan dan kerjasama daripada syarikat-syarikat dan agensi-agensi yang menyertainya juga membuktikan bahawa sebenarnya ramai pihak yang sudi berkolaborasi bersama-sama UUM untuk pembangunan secara bersama.

Moga program yang dilaksanakan ini dapat membantu mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Dalam pada itu beliau yakin yuran penyertaan yang akan dimasukkan ke tabung kebajikan di bawah penyeliaan Pusat Alumni ini dapat digunakan untuk tujuan kebajikan para alumni UUM yang memerlukan nanti.

Kejohanan kali ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa penaja antaranya Censof Bhd, Oxy Solution Sdn Bhd, Asas Consulting Engineers Sdn Bhd, Mutiara Concept Network Sdn Bhd, Bintong Express & Holiday Sdn Bhd, Etika Sdn Bhd, Adz Ra Enterprise dan Sahabat Pusat Alumni.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com