Saturday, 4, May, 2024
Utama Negeri Kereta Volkswagen Golf terbakar, lelaki sempat selamatkan diri

Kereta Volkswagen Golf terbakar, lelaki sempat selamatkan diri

oleh Ammar Haziq

SIK – Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri apabila sempat keluar dari kenderaan bagi menyelamatkan diri selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam gaung dan terbakar di Jalan Bukit Sebelah, di sini pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, kereta jenis Volkswagen Golf itu dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 pagi dan sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Soffuan Sabry tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

“Ketika kejadian mangsa lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memandu kereta berkenaan seorang diri dari Pekan Sik menuju ke Baling.

“Tindakan yang dilakukan anggota Bomba adalah memadam kebakaran hingga api dipadam sepenuhnya di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, berdasarkan maklumat mangsa, kejadian berlaku apabila dia sedang memandu dan nampak dengan jelas laluan itu jalan lurus sedangkan ianya adalah kawasan selekoh.

Zulkhairi berkata, kereta Volkswagen Golf mangsa itu musnah terbakar kira-kira 90 peratus.

Ujarnya, kes diserahkan kepada pihak polis dan Unit Foreksik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com