Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional Nahas raptai helikopter : 10 mangsa maut

Nahas raptai helikopter : 10 mangsa maut

oleh Ammar Haziq

LUMUT – Maklumat awal mendapati bahawa terdapat 10 mangsa berada dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, tiga kru berada di helikopter pertama manakala tujuh lagi menaiki helikopter kedua.

“Dalam kejadian itu, terdapat dua buah helikopter milik TLDM iaitu M502-6 (FENNEX), dinaiki oleh 3 orang mangsa dan M503-3 (HOM), dinaiki oleh 7 orang mangsa. Kesemua mangsa merupakan anggota dan pegawai TLDM.

“Kedua-dua helikopter ini telah bertembung ketika sedang melakukan latihan penerbangan. Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai,” katanya.

Terdahulu tular video yang memaparkan dua heikopter itu bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Kedua-dua pesawat terbabit selepas itu hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, mana kala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com