Sunday, 28, April, 2024
Utama Nasional Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York

Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York

oleh Ammar Haziq

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 orang itu.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Nazri Aziz; Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa; Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Ahmad Faisal Muhamad dan beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kerajaan.

Anwar, yang tiba di bandar raya ini pada Rabu, sebelum itu menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.

Terdapat kira-kira 25,000 rakyat Malaysia menetap di Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com