Monday, 20, May, 2024
Utama Sukan Sang Kenari buka tajaan slot utama, penaja bersama musim 24/25

Sang Kenari buka tajaan slot utama, penaja bersama musim 24/25

oleh Ammar Haziq

Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima banyak pertanyaan dan permintaan ramai pihak berkenaan penajaan kelab terutamanya slot utama bagi saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Menurutnya, slot penajaan bagi ruang pengiklanan di jersi pasukan masih terbuka untuk syarikat swasta yang berminat sehingga penaja utama dimuktamadkan.

“Pihak pengurusan KDA FC sedang memuktamadkan barisan penaja dan masih ada beberapa slot tajaan seperti Penaja Utama, Penaja Bersama di jersi perlawanan KDA FC Musim 2024/25.

“Terima kasih atas maklumbalas hangat penyokong memberi kata-kata positif, sokongan dan berhasrat membantu pasukan Sang Kenari dengan merujuk kepada syarikat-syarikat swasta yang berpotensi untuk menaja kelab tercinta.

“Dengan nilai besar pada jenama KDA FC, sokongan kuat penyokong, kami amat mengharapkan usaha semua pihak mahu melihat Sang Kenari berdikari sebagai sebuah kelab swasta sepenuhnya menjadi kenyataan,” katanya pada Jumaat.

Tambahnya, kerjasama sebagai rakan rasmi, rakan strategik dan rakan rasmi kad keahliaan kepak kenari diteruskan sepanjang musim.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com