Tuesday, 21, May, 2024
Utama Negeri 15,000 pengunjung serbu MADAD Raya 2024

15,000 pengunjung serbu MADAD Raya 2024

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Kira-kira 15,000 pengunjung tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Murtadha Dakwah Center (MADAD) di sini pada malam Khamis.

Sambutan MADAD Raya 2024 bukan sahaja disambut oleh penduduk Kedah malah mengamit kehadiran pengunjung dari Perak, Pulau Pinang dan Perlis bagi sama-sama merayakan hari terkhir dalam bulan Syawal ini.

Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusuff berkata, pelbagai juadah disediakan antaranya sate, nasi tomato, buhun sup, laksa serta pelbagai lagi untuk dijamu kepada pengunjung yang hadir.

Menurutnya, beliau yang tidak menyangka dengan jumlah kehadiran pengunjung yang membanjiri rumah terbuka MADAD Raya pada tahun ini dan bersedia untuk menganjurkan pada tahun hadapan.

Pengunjung turut disajikan dengan persembahan kumpulan dan artis solo mengalunkan lagu ketuhanan dan nasyid.

Seorang pengunjung, Che Hasnah Baharom berkata, sambutan hari raya ini memberikan ruang kepada semua lapisan masyarakat termasuk kurang berkemampuan untu meraikannya.

“Alhamdulillah orang-orang yang tak mampu boleh mai buka puasa hari tu kan makan sahur. Alhamdulillah sangat-sangat makcik pun selalu datang ke sini mula-mula buka dulu kan makcik mai banyak kali dah Alhamdulillah seronok sangat lah madad,” katanya.

Perkara sama turut diakui oleh seorang lagi pengunjung, Siti Khatijah Yusof kerana MADAD juga secara tidak langsung dapat menarik perhatian golongan belia untuk mendekatkan diri dengan aktiviti masjid dan agama.

“Bagi saya bagus sebab dia menarik anak muda yang jarang mai masjid jarang mai aktiviti agama ni boleh mai walaupun golongan tu duduk jauh tetap depa akan usaha mai juga so memang bagus lah madad ni saya suggest kan orang luar sana mai madad,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com