Sunday, 28, April, 2024
Utama Sukan Oman pasukan kuat menyerang, Malaysia jangan ambil mudah

Oman pasukan kuat menyerang, Malaysia jangan ambil mudah

oleh Ammar Haziq

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak mengambil mudah perlawanan menentang Oman kerana pasukan tersebut mempunyai rangkaian jentera serangan berintensiti tinggi di di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat, pada pagi Jumaat.

Menurutnya, perlawanan ketiga Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu pentng buat pasukannya biarpun sedar bakal berdepan saingan sengit daripada pasukan tuan rumah.

“Kami mesti kekal di tangga teratas, dan mesti sedar kami masih belum menewaskan Oman lagi, dua perlawanan ini amat penting.

“Kami tahu Oman sebuah pasukan secara tradisi yang kuat dalam menyerang, kami mesti menghormati Oman sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar.

Pan-Gon berkata, beliau mengakui kedudukan Malaysia yang mendahului Kumpulan D memberikan tonik tambahan kepada anak-anak buahnya untuk mengejutkan lawan yang berada di tangga ke-80 dunia.

Jelasnya, pasukan kejurulatihan banyak mengkaji perlawanan pasukan Oman sebelum ini sehingga Piala Asia.

“Kami juga tahu jurulatih baharu Oman baru tiba dan kami tidak mempunyai banyak maklumat, tetapi kami akan mencuba terbaik dapat semua ciri-ciri gaya permainannya.

“Kami tahu semua ciri pemain individu, saya fikir dalam 10 minit bermain dalam permainan, kami boleh mengetahui elemennya,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com