Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Lelaki ditemui mati dihempap pokok yang ditebangnya

Lelaki ditemui mati dihempap pokok yang ditebangnya

oleh Ammar Haziq
Orang awam membantu Bomba membawa turun mangsa dengan menggunakan pengusung.

FOTO EHSAN BOMBA

BALING – Seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui mati dihempap sebatang pokok yang ditebangnya di dusun durian miliknya di Kampung Masjid, Kuala Kuang Kupang sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali, semasa kejadian, mangsa sedang menebang pokok jenis balik angin pada jam 12 tengah hari.

“Semasa mangsa melakukan kerja-kerja menebang sebatang pokok iaitu pokok balik angin tiba-tiba pokok itu tumbang dan menimpa mangsa

“Saksi yang berada di tempat kejadian menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling, polis dan Hospital Baling untuk meminta bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak hospital.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com