Saturday, 15, June, 2024
Utama Negeri 13 kenderaan kemalangan, empat cedera

13 kenderaan kemalangan, empat cedera

oleh Ammar Haziq

KULIM – Empat cedera dalam kemalangan 13 kenderaan termasuk sebuah lori treler di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghala ke Baling, di sini pada pagi Selasa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan, panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 7.37 pagi.

Menurutnya, lori treler tersebut difahamkan merempuh 12 kenderaan di lokasi kejadian sehingga mengakibatkan kesesakan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kulim dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Hamizul Azwan, anggotanya bertindak membersihkan keadaan jalan dan menghindarkan jalan raya di kawasan kemalangan itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com