Saturday, 20, April, 2024
Utama Umum ‘Ulat parking’ terperosok di bawah kereta di Alor Setar

‘Ulat parking’ terperosok di bawah kereta di Alor Setar

oleh Ammar Haziq
Bomba menggunakan peralatan ‘Air bag’ untuk mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah kereta.

FOTO BOMBA DAN PENYELAMAT KEDAH

ALOR SETAR – Seorang pemandu lelaki tidak menyangka ‘benda’ yang terperosok di bawah keretanya adalah seorang ‘ulat parking’ semasa mahu membawa keretanya keluar dari kotak parking di Lorong Setar, Pekan Melayu Alor Setar kira-kira 4 petang hari ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Mohd Redzuan Salleh berkata, kemalangan berlaku sewaktu pemandu berusia 50-an itu baru sahaja selesai memasuki kenderaan miliknya yang diletakkan di dalam petak parking yang dikhaskan di sebelah kanan jalan. 

Menurutnya, berdasarkan keterangan diberi pemandu, ketika berada di dalam kenderaan miliknya, telah didatangi oleh si mati yang berjalan dari arah belakang sebelah kiri menuju ke arah kenderaan dipandunya.

Pegawai KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


“Si mati yang dipercayai ‘ulat parking’ di lokasi kejadian telah meminta sejumlah wang lalu telah dibayar oleh isteri pemandu tersebut melalui cermin tempat duduk hadapan sisi sebelah kiri kereta itu. 


“Setelah si mati berlalu pergi dari lokasi, pemandu mula membelok keretanya ke kiri bagi keluar dari petak parking. Ketika itu, pemandu kereta telah terasa melanggar sesuatu dan apabila diperiksa, dapati si mati telah berada di bahagian bawah sisi sebelah kiri berdekatan tayar hadapan kereta tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Redzuan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.


Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggotanya terpaksa mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kereta tersebut dengan menggunakan peralatan ‘Air Bag’.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com