Saturday, 20, April, 2024
Utama Negeri MB Kedah saring Covid-19 esok

MB Kedah saring Covid-19 esok

oleh Ammar Haziq
Muhammad Sanusi . Foto UPDA

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan menjalani saringan Koronavirus (Covid-19) esok selepas seorang staf kakitangan Jabatan Penerangan didapati postif hari ini.

Menurutnya, beliau telah diminta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah untuk membuat saringan dan beliau akan melakukannya.

Tambah Sanusi, beliau telahpun menjalani tiga saringan Covid-19 dan semua keputusan adalah negatif.

Beliau berkata demikian ketika dipetik menerusi Harian Metro.

Isnin lalu, seorang jurugambar dari Jabatan Penerangan kedah hadir membuat liputan majlis penyerahan bantuan di Wisma Darul Aman, yang dihadiri Muhammad Sanusi.

Turut hadir adalah beberapa Exco Kerajaan Negeri dan semua individu yang hadir ke program tersebut telah diminta hadir menjalani saringan Covid-19 di Hospital Alor Setar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com