Thursday, 28, March, 2024
Utama Negeri Bapa tak sedap hati

Bapa tak sedap hati

oleh Ammar Haziq
Keempat-empat mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sama Gagah kira-kira jam 1 pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Luluh hati seorang bapa apabila melihat anaknya dalam keadaan lemah dan mulut berbuih di sebuah stesen minyak Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sama Gagah kira-kira jam 1 pagi tadi.

Shabri Ahmad, 54 berkata, sebelum itu dia sudah rasa tidak sedap hati dan memandu dari Sungai Petani ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer selepas anaknya, Ayuni Syazwani, 21 memaklumkan mereka berhenti di stesen minyak pada jam 9 malam kerana salah seorang kawannya ‘mabuk laut’.

Semasa tiba di lokasi, dia mendapati anak dan tiga rakannya dalam keadaan ‘tidur’ dan pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia.

Terdahulu media melaporkan Sharifah Fariesha Syed Fathi disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya.

foto Facebook

Menurut Sinar Harian, Nor Adilah Mohd Safwan, 21, disahkan meninggal dunia pada jam 4.23 petang di Unit Rawatan Rapi Hospital Angkatan Tentera, Lumut di Perak.

Manakala kembarnya Nor Aqilah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di Kuala Lumpur masih belum sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan yang dilakukan terhadap kenderaan dinaiki empat sahabat itu disyaki mengalami kebocoran mengeluarkan asap dan disedut masuk ke dalam ruang kenderaan terbabit dan menyebabkan mereka lemas.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com