Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Maahad tahfiz terbakar, seorang pelajar cedera

Maahad tahfiz terbakar, seorang pelajar cedera

oleh Ammar Haziq
Kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan dan melibatkan kira-kira 30 peratus kebakaran.

JITRA – Dua blok bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran di Lorang Alif Jitra, dekat sini terbakar dalam satu kebakaran pada jam kira-kira 1.20 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Penguasa Kanan Bomba-I Negeri Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, terdapat seorang pelajar telah cedera di bahagian tangannya akibat terkena serpihan kaca di jarinya dan telah dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan.

Semasa kejadian terdapat mangsa bersama lima lagi pelajar manakala selebihnya telah pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan Solat Jumaat.

Anggota bomba memadamkan sisa-sisa kebakaran yang masih ada.

“Kebakaran melibatkan 2 Blok bangunan bersambung jenis kelas “A”. Anggaran Keluasan bangunan tersebut 100 X 50 kaki. Anggaran kemusnahan sebanyak 30 peratus dari keseluruhan bangunan (tingkat atas sahaja).

“Semasa tiba dilokasi Komander Operasi mendapati 6 orang pelajar tahfiz di bangunan berkenaan dan salah seorang mengalami kecederaan di jari akibat serpihan kaca,”katanya dalakm satu kenyataan. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com