Saturday, 27, July, 2024
Utama Negeri Kastam halang kontena logo Israel masuk Kedah

Kastam halang kontena logo Israel masuk Kedah

oleh Ammar Haziq

BUKIT KAYU HITAM – sebuah lori trailer bernombor pendaftaran asing (Thailand) membawa kontena mengandungi dagangan peralatan komputer telah dihalang memasuki Malaysia selepas didapati berasal dari Israel pada Khamis lalu.

Lori tersebut dikesan mahu memasuki Malaysia melalui pintu masuk di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan melakukan pengikraran Borang K1 bagi tujuan pengimportan dagangan ke dalam negara Malaysia.

Menurut Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan Kedah, Suhaimie Affindi Zainol Abidin, hasil penelitian anggota JKDM Kedah, kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo “ZIM” yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut.

“Kenderaan telah ditahan untuk mendapat pengesahan dan arahan lanjut dan kemudiannya lori trailer berserta kontena berisi dagangan tersebut diarah berpatah balik ke negara
Thailand dan telah meninggalkan negara Malaysia pada jam 1.30 tengahari hari
yang sama,” katanya.

Beliau yang menjalankan tugas Pengarah Kastam Kedah berkata, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain- lain.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut
mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com