Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri PKPD Zon Melor, 629 keluarga terima tunai berjumlah RM125,800

PKPD Zon Melor, 629 keluarga terima tunai berjumlah RM125,800

oleh Ammar Haziq
FOTO UPDA

SUNGAI PETANI – Pejabat Menteri Besar Kedah menyalurkan bantuan segera RM200 kepada semua 629 keluarga penduduk dalam kawasan EMCO di Zon Melur, Ambangan Heights, Sungai Petani, hari ini.

Sumbangan berjumlah RM125, 800 diserahkan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim dalam satu majlis ringkas di Sub Tek Balai Polis Komuniti Ambangan Heights.

“Agihan sumbangan ini akan dilaksanakan oleh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” kata Sanusi.

Menurutnya lagi, bantuan segera itu disalurkan bagi mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi penduduk Zon Melur setelah EMCO di kawasan itu dilanjutkan hingga 27 September.

Ini berikutan 12 kes baharu positif COVID-19 dikesan dari kawasan itu dalam saringan kali kedua pada 9 September sejak Zon Melur bersama dua zon lain di Ambangan Heights diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran sejak 28 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com