
KUBANG PASU, 22 Oktober â Seramai 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan ketika cuba memasuki negara ini menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia dan Thailand, dalam sektor Op Benteng, Kawasan Tanggungjawab Briged keenam Infantri Malaysia di Bukit Kayu Hitam, malam tadi.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, penahanan kesemua individu tersebut dilakukan kira-kira pukul 8 malam tadi.
Katanya, tim ronda yang sedang melaksanakan tugas rondaan di kawasan sempadan tersebut berjaya mengesan pergerakan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan di kawasan belukar, dalam kebun getah.
âAnggota bertugas kemudiannya bertindak menjejak dan menahan kesemua individu tersebut seramai 13 orang.
âPemeriksaan dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 18 hingga 51 tahun,â katanya.

Tambahnya, sebanyak tujuh telefon bimbit, 10 kad pengenalan Myanmar serta tujuh beg pakaian turut dirampas daripada mereka yang ditahan.
âSelain itu, pihak kami turut merampas wang tunai dalam mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand bernilai lebih RM500.
âKesemua PATI itu diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,â katanya.