Thursday, 25, April, 2024
Utama Nasional PM umum peruntukan tambahan RM538 juta laksana projek pembangunan Papar

PM umum peruntukan tambahan RM538 juta laksana projek pembangunan Papar

oleh Ammar Haziq
Anwar (tengah) bersama Hajiji dan Armizan merasmikan gimik perasmian. FOTO FB ANWAR IBRAHIM

PAPAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa peruntukan tambahan berjumlah RM538 juta bagi projek infrastruktur di kawasan daerah Papar, Sabah.

Antara projek yang terlibat adalah Projek Membina Jalan Raya Pintasan Pengalat-Papar.

“Kerajaan Perpaduan juga meluluskan permohonan terbaru melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), meliputi Projek Sistem Perparitan Bagi Pekan Kinarut dan Taman Sungai Wang Kinarut, serta Projek Naik Taraf Jalan Taman Limauan Kinarut dan Pekan Kinarut ke Kampung Anak Somboy Kinarut,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 juta bagi Projek Menaik Taraf Jalan Raya Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut Papar.

Beliau berkata demikian pada Program Semarak Perpaduan Rakyat Parlimen Papar bersama Perdana Menteri, di Palm Square Kinarut, dekat sini pada Rabu.

Anwar menyantuni rakyat semasa turun ke pada Program Semarak Perpaduan Rakyat Parlimen Papar bersama Perdana Menteri, di Palm Square Kinarut, dekat sini pada Rabu. FOTO FB ANWAR IBRAHIM

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Ketua Menteri lll, Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Menurut Anwar, semua peruntukan berkenaan adalah peruntukan tambahan kepada sedia ada yang diumumkan sebelum ini untuk rakyat, khususnya di kawasan Papar.

“Ia adalah peruntukan tambahan yang dipohon oleh Armizan khususnya untuk orang Papar dan saya berharap ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan ini,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com