Monday, 14, October, 2024
Utama Negeri Staf, pelajar UUM perlu siap sedia hadapi banjir

Staf, pelajar UUM perlu siap sedia hadapi banjir

oleh Ammar Haziq

SINTOK – Kakitangan dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir akibat hujan yang tidak menentu.

Naib Canselornya Prof Dr Mohd Foad Sakdan berharap kakitangan dan pelajar kampus ini sentiasa mengikuti perkembangan ramalan dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan yang berterusan.

“Semua staf atau pelajar yang terlibat boleh menghubungi pihak universiti sekiranya terlibat dalam banjir,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu Pendaftar UUM, Ahmad Rasidi Abdullah berkata, semua staf yang terlibat dengan banjir boleh menghubungi Pegawai Kebajikan di Jabatan Pendaftar Ustaz Mohd Yusnaidi Md. Sabri sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

“Staf terlibat juga perlu memaklumkan kehadiran mereka sekiranya kawasan atau rumah mereka terlibat dengan banjir dan tidak dapat keluar dari rumah,” sambungnya.

Manakala Pegawai Unit Kebajikan jabatan pendaftar Ustaz Mohd Yusnaidi ketika ditemui berkata, staf yang terlibat boleh menghubungi talian 049283154 atau 0194719675 sekiranya ingin melapor atau mendapatkan khidmat nasihat.

“Kita akan membantu mereka yang telibat dan memaklumkan sekiranya mereka berpindah ke pusat penempatan banjir atau ke rumah saudara mara sekiranya terlibat supaya pihak jabatan dapat membantu samada bentuk kewangan atau barang keperluan,” sambungnya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com