Wednesday, 1, May, 2024
Utama Politik Sanusi akui Pelangai kubu kuat BN

Sanusi akui Pelangai kubu kuat BN

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah kubu Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kubu BN itu agak sukar ditembusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 7 October depan namun PN PN masih mempunyai ruang melakarkan kejutan berdasarkan gelombang sokongan rakyat kepada gabungan itu. 

“Di Johor itu tebal tapi semakin menipis (sokongan) dia punya ketebalan. Di Pelangai pun tak nipis sangat tapi kita akan cuba lah..tidak tak ada parti lain menang di situ dulu pun Long Nan (Datuk Seri Adnan Yaakob) punya kerusi tu Meteri Besar Pahang sebelum Tok Wan (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail),” katanya.

Menteri Besar Kedah itu menzahirkan keyakinan menawan kerusi berkenaan ketika menghadiri program Sanusi Mai Pelangai di Felda Kemasul Bentong Pahang kelmarin.

Sebagai ketua dalam ‘peperangan’, beliau perlu menyuntik keyakinan dalam kalangan jentera parti mengenai peluangnya untuk merampas Pelangai daripada BN. 

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas).

BN mengekalkan kerusi DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November lalu menerusi Datuk Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com