Monday, 6, May, 2024
Utama Sukan JDT mahu kemenangan Julang Juara Liga Super kali ke-10

JDT mahu kemenangan Julang Juara Liga Super kali ke-10

oleh Ammar Haziq

Johor Baharu – Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia untuk dinobatkan sebagai Juara Liga Super kali ke-10 berturut-turut apabila menerima kunjungan PDRM di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Harimau Selatan hanya memerlukan seri sahaja pada malam tersebut namun pengendali JDT, Esteban Solari mahu keluar sebagai pemenang bagi meraikan kejayaan yang ditunggu-tunggu oleh mereka.

Kejayaan tersebut sepatutnya diraikan lebih awal pada 26 Ogos lalu namun ditunda oleh Kedah Darul Aman FC selepas mencatat keputusan seri 3-3.

“Kita hanya perlu seri sahaja dengan PDRM FC tapi itu bukan yang kita mahu sebaliknya ingin melakar kemenangan untuk menjulang piala buat kali ke-10 berturut-turut dan pastinya kami enggan melepas peluang terbaik untuk lakar sejarah di hadapan penyokong sendiri,” kata beliau.

Sejak ditubuhkan pada 2013, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjadi peneraju di dalam dan di luar padang dengan sedekad penguasaan dalam bola sepak Malaysia.

Pencapaian di atas padang begitu jelas apabila JDT berada di ambang trofi ke-25, hanya memerlukan satu mata daripada lima perlawanan liga untuk menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia ke-10 berturut-turut yang menakjubkan, dan telah memecahkan hampir setiap rekod domestik — daripada rekod jaringan, kemenangan berterusan dan ‘cleansheets’ hingga kempen tanpa kalah dalam memenangi kesemua empat trofi domestik yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com