Friday, 3, May, 2024
Utama Sukan Penyokong China tuntut pulangkan duit tiket selepas seri dengan Malaysia

Penyokong China tuntut pulangkan duit tiket selepas seri dengan Malaysia

oleh Ammar Haziq

China Sports Vision 2050 di platform X melaporkan penyokong meminta Persatuan Bolasepak China (CFA) memulangkan duit tiket perlawanan disebabkan prestasi hambar skuad kebangsaan mereka yang terikat 1-1 dengan Malaysia.

Keputusan aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada malam Sabtu tidak dapat diterima oleh penyokong tuan rumah.

China yang berada di tangga ke-80 dunia gagal mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia yang berada di tangga ke-136 dunia walaupun beraksi di laman sendiri.

“Di Stadium Phoenix Hill, ketika DJ mengumumkan keputusan 1-1 bagi aksi persahabatan antara China dan Malaysia, penyokong mengejek dan menjerit ‘pulangkan duit kami,” lapor China Sport Vision 2050 di laman sosial mereka.

Pada tersebut, Faisal Halim terlebih dahulu meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-11 sebelum Lin Liangming menyelamatkan menyamakan kedudukan 2-2 bagi gol penyamaan pada minit ke-36.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com