Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Jumlah mangsa banjir Kedah menurun

Jumlah mangsa banjir Kedah menurun

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Bilangan mangsa banjir di Kedah mencatatkan penurunan 1,721 orang pada jam 12 tengahari berbanding 1,908 orang pada jam 8 pagi pada Jumaat.

Semua mangsa dari 509 keluarga itu ditempatkan di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling.

Daripada jumlah tersebut, Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan 593 orang dari 212 keluarga diikuti Baling dengan 579 mangsa daripada 155 keluarga.

Pokok Sena mencatatkan 398 mangsa daripada 108 keluarga dan Kubang Pasu yang menempatkan 151 mangsa daripada 34 keluarga.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com