Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Anwar bertemu Menteri Keselamatan Awam China

Anwar bertemu Menteri Keselamatan Awam China

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong di Putrajaya pada Khamis.

Dalam satu kenyataan di Facebook beliau, Anwar memaklumkan mereka bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan keselamatan yang memerlukan kerjasama dua negara.

Ujar beliau, platform itu merupakan peluang mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam mendepani cabaran keselamatan Asia dan dunia.

Dalam pada itu, katanya tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan.

Anwar turut mengutuskan surat jemputan kepada Presiden China Xi Jinping untuk mengunjungi Malaysia tahun hadapan sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia- China.

Sementara itu, Anwar berharap agar lebih banyak peluang kerjasama dua negara ini dapat dipertingkatkan lagi demi manfaat bersama.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com