Thursday, 2, May, 2024
Utama Sukan TMJ kongsi foto keadaan padang Bukit Jalil

TMJ kongsi foto keadaan padang Bukit Jalil

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar keadaan semasa padang Stadium Nasional Bukit Jalil   di laman Instagram miliknya, hari ini, menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat.

Keadaan padang tersebut kini menjadi persoalan di kalangan penyokong dan Tunku Ismail turut menulis kapsyen dan dituju kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac.

“Standard yang bagus untuk final Piala Malaysia. Kelihatan formula dilakukan Hans Isaac berkesan,” tulis Tunku Ismail.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan tersebut mendapati keadaan padang tersebut dilihat masih dalam proses baik pulih selepas mengalami kerosakan susulan konsert Coldplay, minggu lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com