Saturday, 27, April, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Maritim Kedah Perlis lupus 975,000 kotak rokok seludup, 39 guni tembakau

Maritim Kedah Perlis lupus 975,000 kotak rokok seludup, 39 guni tembakau

oleh Ammar Haziq

LANGKAWI- Sebanyak 975,000 kotak rokok seludup pelbagai jenama serta 39 guni tembakau dengan nilai keseluruhan lebih RM15 juta telah berjaya dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis pada pagi Selasa,

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kesemua rokok tidak bercukai dan tembakau ini adalah hasil tangkapan dan rampasan pada Januari tahun 2022 dan disiasat di bawah Seksyen 49(1) dan 135(1) Akta Kastam 1967.

Tambah beliau, pelupusan kesemua rokok berkenaan dilakukan melalui kaedah selamat dengan pembakaran insinerator yang diuruskan oleh syarikat Drizzle Engineering.

Beliau berkata demikian ketika hadir melibat proses pelupusan berkenaan di sini, pada Selasa.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Mohammad Nasir Man.

Romli dalam pada itu memaklumkan, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan membabitkan kemasukan rokok-rokok haram melalui rondaan dan operasi secara berterusan memandangkan kawasan perairan negeri ini berhampiran dengan negara jiran.

Malah ujar beliau, atas faktor tersebut, permintaan terhadap rokok seludup atau rokok tidak bercukai tinggi berikutan harga yang sangat rendah dari pasaran.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com