Saturday, 27, April, 2024
Utama Negeri MAQIS Kedah rampas 2,160 kg keratan ayam sejuk dari Thailand

MAQIS Kedah rampas 2,160 kg keratan ayam sejuk dari Thailand

oleh Ammar Haziq

Bukit Kayu Hitam – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Kedah telah merampas 2,160 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku bernilai lebih RM40,608 di pintu Masuk Bukit Kayu Hitam di sini, pada 19 Mac lalu.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Hisham Abu Bakar, hasil pemeriksaan yang dilakukan, sebanyak 144 kotak seberat 2,160kg kg keratan ayam sejuk beku mempunyai tarikh luput yang berlainan dengan sijil halal yang diisytiharkan.

Menurutnya, kesemua barangan ini dirampas dan ditahan untuk tindakan lanjut.

“kes di siasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tidak melebihi enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com