Tuesday, 30, April, 2024
Utama Politik 191 bahagian pemuda UMNO perlu berada di belakang Dr Akmal

191 bahagian pemuda UMNO perlu berada di belakang Dr Akmal

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Pergerakan Pemuda UMNO Pokok Sena sentiasa berdiri teguh di belakang Dr Muhamad Akmal Saleh dan Pergerakan Pemuda UMNO berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH.

Ketuanya, Mohd Farhan Ahmad berkata, perjuangan ketua Pemuda UMNO itu adalah berlandaskan perlembagaan parti yang meletakkan perjuangan Islam,Melayu dan negara sebagai asas perjuangan.

“Saya mengesa semua Ahli Pemuda UMNO Malaysia di 191 Bahagian berdiri teguh di belakang Dr Akmal Bin Saleh.

“Semestinya kita menghormati proses undang-undang namun gesaan ini harus juga diterima pakai kepada golongan yang mahu Dr Akmal ditangkap atau yang mengkritik atau menuduh Dr Akmal,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada pagi Jumaat, Dr Akmal mengesahkan beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pagi Jumaat setelah tular video penahanannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

Menurut Exco Melaka itu, beliau sepatutnya dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sementara itu, Polis mengesahkan Ketua Pemuda UMNO disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM menerima dua laporan berkaitan ucapan dan tindakan Dr Akmal berhubung isu tersebut.

Jelas Mohd Farhan, sampai sekarang tidak ada satu pun ahli Pemuda UMNO melakukan perkara yang salah dari segi undang-undang dan masyarakat boleh menilai dan melihat kepimpinan Pemuda UMNO di setiap Bahagian banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan di Bulan Ramadan .

Kita menghormati proses undang-undang namun gesaan ini harus juga diterima pakai kepada golongan yang mahu Dr. Akmal ditangkap atau yang mengkritik serta menuduh beliau.


“Saya meminta (peguam) Siti Kassim, Nik Nazmi (Nik Ahmad, Naib Presiden PKR) dan Ketua Penerangan AMK menelaah atau baca perlembagaan UMNO sebelum mengkritik pendirian Dr. Akmal,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com