Thursday, 12, December, 2024
Utama Sukan 2,000 pesilat tempatan, antarabangsa berkampung di Alor Setar

2,000 pesilat tempatan, antarabangsa berkampung di Alor Setar

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Hampir 2,000 keluarga sukan silat tempatan dan antarabangsa akan berkampung di Kedah bagi menyertai Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2024 Piala Dato Zuraidi Rahim, Harimau Chula Sakti di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini.

Pertandingan yang bermula 31 Oktober sehingga 4 November itu adalah salah satu usaha untuk menyemarakan penganjuran sukan silat di peringkat kebangsaan agar kembali rancak.

Penaung Pesaka Kedah yang juga penganjur kejohanan, Zuraidi berkata, bagi edisi pertama ini akan menyaksikan empat kategori bakal dipertandingkan iaitu silat tanding terbuka dewasa, tanding remaja, tanding individu dan silat seni berkumpulan.

Menurutnya, pesaka juga memerlukan sokongan semua dalam usaha memastikan penganjuran sukan warisan ini terus kekal relevan.

“Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia bersama Pesaka Negeri Kedah bakal menganjurkan satu kejohanan silat terbuka kebangsaan dan antarabangsa di negeri ini.

“Kedah bakal jadi tumpuan hampir 2,000 keluarga sukan silat tempatan antarabangsa bermula dari 31 oktober sehingga 4 november nanti bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim,Alor Setar” katanya.

Jelas Zuraidi, ejohanan kali ini juga akan membabitkan pembabitan pesilat pesilat bermula dari usia 5 dan 6 tahun selain beberapa negara Asean.

“yang penting, program ini bakal melahirkan atlit pelapis akar umbi dan remaja menuju persiapan pasukan silat negara dan negeri juga menjelang sukma 2026,”ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com