KUALA NERANG, 16 Nov â Gelaran âYang Berhormatâ (YB) yang sering digunakan bagi merujuk kepada wakil rakyat di negara ini, wajar ditukarkan kepada âYang Berkhidmatâ, sesuai dengan situasi semasa.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, panggilan Yang Berkhidmat dilihat lebih tepat bagi menggambarkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wakil-wakil rakyat.
âPanggilan âYang Berkhidmatâ itu lebih tepat bagi menggambarkan rekod perkhidmatan setiap wakil rakyat.

Jika perkara itu dilaksanakan, orang ramai juga boleh menjustifikasikan seseorang wakil rakyat tersebut dengan panggilan âYang Berkhidmatâ yang disandang individu berkenaan.â
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang di sini hari ini.
Jelas Mahdzir yang juga Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap, penggunaan gelaran itu juga akan menjadikan wakil rakyat lebih dekat dihati rakyat.
âYang berkhidmat ini perlu sedar bahawa mereka memiliki dua tugas untuk dilaksanakan iaitu membuat dasar di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memberi khidmat kepada rakyat.
Jadi dalam tempoh lima tahun itu, rakyat bolehlah menilai sama ada âYang berkhidmatâ itu benar-benar berkhidmat di kawasan mereka,â katanya.