Tuesday, 30, April, 2024
Utama Politik 6,839 PDRM Kedah melaksanakan undi awal hari ini

6,839 PDRM Kedah melaksanakan undi awal hari ini

oleh admin

Alor Setar – Seramai 6,839 pegawai dan anggota serta isteri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah melaksanakan undi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15, hari ini.

Jurucakap Media PRN 15 PDRM Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata,
jumlah itu membabitkan 710 pegawai manakala anggota seramai 5,976 orang membabitkan empat saluran mengundi.

Beliau berkata, 153 orang pula terdiri daripada isteri pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam dan Kulim turut membuang undi awal hari ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 875 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah membuang undi di IPK Kedah.

Beliau berkata, sebahagian pegawai dan anggota lain membuang undi di balai polis di kawasan masing-masing.

“Proses pembuangan undi awal dilakukan pada jam 8 pagi hingga 5 petang hari ini yang membabitkan 38 saluran di seluruh negeri ini dan 21 pusat mengundi awal.

“PRN ke 15 ini membabitkan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com