Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri SPRM tahan reman pemilik syarikat logistik terlibat penyeludupan daging sejuk beku

SPRM tahan reman pemilik syarikat logistik terlibat penyeludupan daging sejuk beku

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Kedah menahan reman seorang pemilik syarikat logistik kerana disyaki merasuah pegawai agensi penguat kuasa ketika melakukan aktiviti penyeludupan daging sejuk beku dari negara jiran.

Sumber berkata suspek lelaki berusia 40-an dipercayai ditahan semalam kira-kira jam 11 malam ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Kedah.

Perintah reman selama 3 hari bermula hari ini sehingga 29 September 2023 telah dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida binti Abdul Rahim selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pagi tadi.

Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan daging sejuk beku menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak awal tahun ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar Ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes di sisasat di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com