Saturday, 27, July, 2024
Utama Negeri Dijemput Ilahi selepas solat Maghrib, baca Yasin pada malam Jumaat di Masjid Zahir

Dijemput Ilahi selepas solat Maghrib, baca Yasin pada malam Jumaat di Masjid Zahir

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seorang jemaah wanita meninggal dunia selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan membaca Yasin di Masjid Zahir, di sini, pada malam Khamis.

Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Negeri, Muhd Kamal Ariffin Abdul Hamid berkata, Rosnah Ramli,60 ditemukan jemaah lain ketika sedang membaca doaz sebaik selesai membaca surah Yassin pada jam 8.25 malam.

Menurutnya, orang ramai yang berada di masjid tersebut menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran hidup yang sangat baik dan mulia. 

“Dijemput Allah SWT usai membaca doa Yasin. Terdahulu, dalam keadaan berpuasa sunat, berbuka puasa di Masjid Negeri bersama suami tercinta, bersolat Maghrib berjemaah dan membaca Yasin,” katanya.

Suaminya, Ishak Mat Saman,65, berkata, isteriny menjadikan membaca al-Quran dan melakukan solat sunat sebagai amalannya.

Arwah Rosnah merupakan seorang surirumah akan melakukan solat tahajjud apabila terjaga dari tidur malam.

“Kadang-kadang, rwah tidak dapat lena dan kerap terjaga pada malam, lalu dia mengisi masa dengan solat sunat tahajudd sebelum menguruskan cucu kami.

“Setiap hari, kami akan ke masjid berbeza sejak dahulu untuk beribadat kepada Allah SWT.

“Pada hari kejadian kami solat Maghrib dan baca yassin di Masjid Zahir,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Keranji, mukim Telaga Mas, di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com