Monday, 29, April, 2024
Utama Sukan Bergson ‘push’ diri jadi pemain terbaik

Bergson ‘push’ diri jadi pemain terbaik

oleh Ammar Haziq

Penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mendedahkan suasana positif di dalam pasukan tersebut sentiasa mendorong dirinya untuk sentiasa memberikan aksi terbaik.

Menurutnya yang masih segar dengan kejayaan membantu Harimau Selatan menjulang Piala Liga Super 2023 pada malam Rabu berkata, masih ada lagi cabaran yang perlu diselesaikan musim ini.

“Bagi saya apabila sarung jersi JDT, masuk ke Stadium Sultan Ibrahim, kami tidak akan pernah berasa cukup walaupun telah berjaya menang kesemua perlawanan atau kejuaraan.

“Mereka (kelab) akan terus menuntut setiap pemain untuk beri aksi terbaik dan segala-galanya kepada kelab,” katanya.

Ujarnya, semua pemain JDT tidak boleh terbuai dengan kejayaan kerana masih ada tugasan.

“Minggu depan ada cabaran baru dan sentiasa push diri sendiri untuk jadi pemain terbaik.

“Orang di sini mengajar saya bagaimana untuk jadi seorang pemain yang lebih baik dan jadi orang yang baik, saya sentiasa fikir apa yang saya boleh buat yang terbaik untuk bantu pasukan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com