Wednesday, 15, May, 2024
Utama Ekonomi Aset Tabung Haji bawah Kementerian Kewangan tidak dijual kepada syarikat bukan Muslim

Aset Tabung Haji bawah Kementerian Kewangan tidak dijual kepada syarikat bukan Muslim

oleh Ammar Haziq

Semasa menghadiri majlis peluncuran ulangtahun lembaga Tabung Haji yang ke-60 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengenai isu aset Tabung Haji secara panjang lebar bahawa Menteri Kewangan pada ketika itu saudara Lim Guan Eng telah memindahkan aset yang tidak menguntungkan (non-performing assets) yang bernilai kira-kira RM19.9 billion kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan sekitar Disember 2018 sebagai langkah untuk memulih serta menstabilkan kedudukan kewangan institusi tersebut.

YouTube player
Video – Astro Awani/Anwar Ibrahim/PMO

“Insya-Allah, Kementerian Kewangan di bawah kemudi saya akan memindahkan semula aset-aset tersebut kepada Tabung Haji secara beperingkat tatkala kedudukan kewangannya kini sudah kembali stabil, lantas membenam naratif jahat dan fitnah yang dilemparkan kepada Kerajaan dan Menteri Kewangan pada ketika itu.

“Saya kesal kerana cerita bohong itu telah mempengaruhi penabung dan masyarakat, apatah lagi fitnah tersebut diperpanjang dan diulang oleh golongan yang kononnya memperjuangkan agama.

“Justeru, mari bersama kita pertahan kesucian agama Islam dan prinsipnya, selain berusaha memampan tanggapan yang salah terhadap agama,” katanya seperti yang dipetik melalui Facebook rasminya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com