Wednesday, 8, May, 2024
Utama Sukan FAM santuni Legenda bolasepak negara, Khalid Ali hidap kanser paru-paru tahap 4

FAM santuni Legenda bolasepak negara, Khalid Ali hidap kanser paru-paru tahap 4

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melawat legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat di kediamannya di Keramat, pada Ahad.

Lawatan yang seiring dengan Ziarah Kasih sempena Pestabola Merdeka ini turut disertai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan, Datuk Azman Mohd Yusof dan Presiden Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Khalid kini 66, yang mencipta nama bersama Selangor dahulu merupakan bekas pemain Harimau Malaya pada era 1970-an yang mana antara pencapaian terbaiknya membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

“Seiring dengan Pestabola Merdeka ini, kami mengambil kesempatan bertemu Khalid dan mengenang jasanya sebagai wira negara.

“Pasukan bola sepak pada tahun 1980 begitu berinspirasi, serta semangat juang mereka untuk melayakkan diri menuju Sukan Olimpik Moscow 1980 wajar dicontohi. 

“Saya mewakili delegasi FAM berharap dan berdoa semoga segala urusan beliau dan keluarga dipermudahkan,” kata Hamidin. 

Hadir sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamad dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Terdahulu, Ziarah Kasih turut menyantuni rakan sepasukan Khalid, P. Dharmalingam dan S. Puspanathan.

Pushpanathan mungkin kurang dikenali penyokong bola sepak tanah air namun beliau adalah antara wajah utama Harimau Malaya 1980 yang mewakili skuad kebangsaan ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1980.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com