Monday, 29, April, 2024
Utama Nasional Penghantaran tentera bantu Palestin mesti disepakati negara jiran – PM

Penghantaran tentera bantu Palestin mesti disepakati negara jiran – PM

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak tertentu berhenti mengelirukan rakyat mengenai dakwaan Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu rakyat Palestin.

Menyifatkannya bukan sesuatu yang mudah, Perdana Menteri menjelaskan, tindakan menghantar tentera mesti disepakati negara jiran bagi membolehkan pesawat tentera mendarat untuk memberi bantuan.

“Pimpinan tentera minta saya sampaikan, adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej dan tazkirah mereka untuk singgung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jika mahu hantar tentera, termasuk pasukan pendamai atau keamanan atau koridor kemanusiaan, ia mesti disepakati negara jiran. Jika tidak, pesawat kita tidak boleh mendarat.

“Jadi saya minta supaya ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” katanya ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com