Friday, 10, May, 2024
Utama Nasional Semua pejabat kerajaan perlu jimat elektrik, elak pembaziran

Semua pejabat kerajaan perlu jimat elektrik, elak pembaziran

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pejabat-pejabat kerajaan mengamalkan budaya penjimatan elektrik di samping mengelakkan pembaziran walaupun melibatkan hal yang kecil.

“Membazir ini kita selalu lihat yang besar-besar, kita lupa cara kita guna elektrik pejabat,” kata beliau dan menambah amalan itu perlu diubah kerana ia melibatkan dana awam.

“Saya harap hal ini boleh kita mulakan dalam satu budaya kerana kalau penjimatan itu dapat kita amalkan, banyak hal boleh dilakukan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober di sini pada Isnin.

Anwar berkata, ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an, beliau amat menitikberatkan supaya tidak berlaku pembaziran elektrik di pejabatnya.

“Masa saya di Kementerian Kewangan di Jalan Duta, saya ingat lagi bila perhimpunan kita di luar, kita nampak bangunan mana lampu masih ada.

“Saya minta ketua jabatan pergi tutup lampu. (Saya kata) anda keluar satu jam, kenapa lampu mesti dibuka? Ini bukan wang anda, ia dana awam,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com