Monday, 4, November, 2024
Utama Nasional Bulan madu sudah tamat, masa untuk tangkap perasuah – Agong

Bulan madu sudah tamat, masa untuk tangkap perasuah – Agong

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Seri Paduka Baginda sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama di dalam pemerintahan Baginda. 

“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, My honeymoon is over, now go catch the bees,” titah Seri Paduka Baginda sambil menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’. 

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit, antara lain dipersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. 

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara pada Isnin.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com