Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri 100,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Aidilfitri MB Kedah

100,000 pengunjung meriahkan rumah terbuka Aidilfitri MB Kedah

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR -Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Seri Mentaloon, di sini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung pada Khamis.

Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula memenuhi pekarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah itu seawal jam 10 pagi.

Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak 44 gerai dan pelbagai menu juadah telah disediakan untuk para pengunjung yang disasarkan lebih ramai daripada tahun lalu.

Menurutnya, bagi memenuhi kehadiran yang lebih ramai, semua persiapan sama ada menu makanan, khemah dan keluasan tempat ditambah bagi menerima pengunjung.

“Persiapan lebih sikit berbanding tahun lepas di segi ruang. Ada penambahan medan baru yang boleh menampung 1200 orang dalam satu masa,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdilah, Mawi, Acap S, Achey dan Fad Bocey serta penampilan PU Lokman dan Shoutul Amal.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com