Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Pekerja kilang tidak mengaku miliki 128 gambar lucah

Pekerja kilang tidak mengaku miliki 128 gambar lucah

oleh Ammar Haziq
Saiful Anuar Ab Rani, 27, mengaku tidak bersalah selepas  pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani pada Isnin.

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit pada April 2021.

Walaubagaimanapun, tertuduh, Saiful Anuar Ab Rani, 27, mengaku tidak bersalah selepas  pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani pada Isnin.

Berdasarkan pertuduhan, Saiful Anuar dituduh memiliki 128 gambar lucah dalam telefon bimbit jenama Samsung model Galaxy A20 di alamat No.1949, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani jam 3 petang pada 1 April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan serta lantikan peguam.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com