Monday, 13, May, 2024
Utama Ekonomi PM bertemu ahli perniagaan, kapten industri Jepun

PM bertemu ahli perniagaan, kapten industri Jepun

oleh Ammar Haziq

TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan kerja ke Jepun berkesempatan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli perniagaan Jepun yang berlangsung di The Prince Park Tower Tokyo pada Sabtu.

Pertemuan ini antara lain bertujuan untuk meyakinkan pelabur sedia ada dari negara matahari terbit itu untuk terus meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Antara ahli perniagaan Jepun yang terlibat dalam sesi bersemuka selama hampir dua jam tersebut ialah Rohm Wako, NEC dan Mitsui & Co.

Perdana Menteri kemudiannya menyertai Perbincangan Meja Bulat bersama 25 kapten industri di Jepun, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang pembuatan, perkhidmatan dan perdagangan.

Perbincangan meja bulat tersebut dikendalikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com