Monday, 13, May, 2024
Utama Negeri KEDA terima peruntukan RM83.216 juta

KEDA terima peruntukan RM83.216 juta

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menerima peruntukan RM83.216 juta bagi tahun ini.

Pengerusi KEDA, Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom berkata, peruntukan ini meliputi RM 50.716 untuk bajet pembangunan manakala selebihnya adalah bagi peruntukan bajet pengurusan.

“Bajet pembangunan yang diterima itu merangkumi 11 projek prasarana berjumlah RM30.5 juta, 6 projek ekonomi dan pertanian berjumlah RM8.45 juta, modal insan sebanyak RM8.875 juta melibatkan 5 projek dan projek usahawan RM2.85 juta untuk 3 projek.

Saya menyeru agar warga kerja KEDA terus komited dalam memperkasa masyarakat desa,” ujar beliau

Sejak 43 tahun beroperasi (1981-2024), KEDA telah menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.311 bilion,”.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 agensi ini di Kompleks Ibu Pejabat KEDA hari ini.

Sejak penubuhan KEDA pada 28 Mei 1981, KEDA telah memainkan peranan besar dalam membantu mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan infrastruktur di Kedah, terutamanya kawasan luar bandar.

Menerusi pembangunan penempatan untuk rakyat termiskin, bantuan ekonomi untuk aktiviti perniagaan kecil, pertanian dan penternakan, KEDA mewujudkan lebih ramai usahawan serta memberi pendidikan kemahiran kepada penduduk kampung.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com