Sunday, 14, July, 2024
Utama Negeri Dua beradik maut, motosikal bertembung kereta

Dua beradik maut, motosikal bertembung kereta

oleh Ammar Haziq

YAN – Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dalam satu di Jalan Teroi Titi Lahar, di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, Muhammad Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adiknya, Ahmad Firashi Ilyas, 11, yang berasal dari Kampung Charuk Tala, Sik meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan dalam kejadian jam 8.30 malam.

Menurutnya, pemandu kereta Toyota Vios berusia 61 tahun pula cedera di bahagian dada.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda RS-X yang dinaiki dua beradik itu datang dari arah Yan menghala ke Gurun manakala kereta Toyota Vios terbabit dari arah bertentangan.

“Kereta Toyota Vios yang dipandu warga emas terbabit dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan namun gagal masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal yang dinaiki dua beradik itu,” katanya.

Jelasnya, akibat pertembungan itu, penunggang dan pembonceng motosikal terpelanting dan terseret ke bahu jalan.

“Mayat mereka kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com