Friday, 29, March, 2024
Utama Negeri Tepung beras pulut bernilai RM103,000 dari Thailand dirampas

Tepung beras pulut bernilai RM103,000 dari Thailand dirampas

oleh Ammar Haziq
Anggota penguatkuasa Maqis memeriksa tepung beras pulut yang tidak mempunyai permit import.

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk  tepung beras pulut dari Thailand tanpa permit import di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Menurut Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh Pegawai MAQIS mendapati sebanyak 2,450 kotak tepung beras pulut dengan anggaran berat 24,500 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM  103,000.00 cuba dibawa masuk tanpa permit import sah.

Kesemua konsainan tersebut diserahkan kepada pihak Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), KPKM bagi tindakan selanjutnya.

MAQIS komited bekerjasama dan membantu Agensi dan Jabatan penguatkuasa berkaitan bagi memastikan aspek biosekuriti makanan negara sentiasa terjamin.

Pihak MAQIS tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dan akan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan,ikan dan keselamatan makanan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com