Sunday, 5, May, 2024
Utama Ekonomi Kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah, basmi kemiskiman

Kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah, basmi kemiskiman

oleh admin

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan kini sedang memberi fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan bagi memastikan basin rakyat terus terbela.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan sedang melabur dalam infrastruktur bagi mewujudkan program menjana pendapatan yang lestari.

Katanya, infrastruktur bukan sekadar ‘alat’ atau ‘instrumen’ malah ia adalah aset yang menjana pendapatan bagi peserta atau penerima daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Sebaik sahaja terdapat kemajuan pada usaha meningkatkan tahap pendapatan isi rumah, sebahagian faktor yang diambil kira dalam indeks kemiskinan multidimensi akan bertambah baik, sebagai contoh, akses kepada Internet dan penjagaan kesihatan.

“Apabila tahap pendapatan meningkat, kualiti hidup turut meningkat, jadi fokus pada meningkatkan tahap pendapatan.

“Dengan pendapatan yang lebih baik, mereka boleh menangani kos sara hidup dengan lebih baik dan mampu mempunyai akses kepada semua ciri indeks kemiskinan muldimensi,” katanya ketika ditemui
selepas menghadiri ‘Power Chat’ Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan melancarkan Persidangan Usahawan Cina Dunia Ke-17 (WCEC) di sini hari

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com