Sunday, 28, April, 2024
Utama Nasional Kerajaan Perpaduan jamin rasionalisasi subsidi tidak membebankan rakyat

Kerajaan Perpaduan jamin rasionalisasi subsidi tidak membebankan rakyat

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan memberi jaminan sebarang langkah rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan penyesuaian itu akan mengambil kira golongan berpendapatan menengah dan rendah.

“Saya bagi jaminan apa pun rasionalisasi subsidi dilakukan kita tidak membebankan golongan berpendapatan menengah dan rendah.

“Ini kerana sebarang penyesuaian membebankan mereka tentu akan menambah beban yang ditanggung golongan miskin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menjelaskan pengurusan subsidi termasuk pengenalan skim subsidi bersasar akan ditambah baik di bawah Ekonomi MADANI.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com