Monday, 6, May, 2024
Utama Nasional Pembangkang perlu runding jika mahu peruntukan-Anwar

Pembangkang perlu runding jika mahu peruntukan-Anwar

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menasihatkan wakil rakyat pembangkang agar berunding dengan kerajaan sekiranya mahu peruntukan disalurkan kepada mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong, sebaliknya berbincang dengan kerajaan.

Beliau juga mengkritik dan menafikan kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa tiada peruntukan diberikan kepada kawasan mereka.

Tegas Perdana Menteri, peruntukan di kawasan dan rakyat tetap disalurkan melalui beberapa projek untuk rakyat.

“Bila Yang Berhormat Bera (Datuk Seri Ismail Sabri) ambil alih (jadi Perdana Menteri), saya terima kasih kepada YB Bera, kerana YB Bera kata, kalau betul nak (peruntukan pembangkang), kita bincang baik-baik.

“Jadi kita hantar perwakilan (ketika itu pembangkang), bincang baik-baik dan kemudian ada hala tuju. Akhirnya beliau jemput saya, bincang sekali lagi. Lepas putus, tandatangan dan luluslah.

“Ini (sekarang ini) tak perlu tandatangan, bincang… (mereka) kata ini hak kami…bukan… ini bukan hak Ahli Parlimen. Rundinglah, lepas itu lulus.

“Kalau tak nak runding, tunggulah sampai bilapun. Saya tidak akan luluskan,” tegas beliau.


Tambah Anwar lagi, itu adalah keputusan muktamad daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com