Friday, 17, May, 2024
Utama Ekonomi Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus dikekalkan pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bank Dunia semalam berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 3.9 peratus pada 2023 daripada unjuran 4.3 peratus pada April tahun ini di tengah-tengah penyusutan permintaan luar.

“Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.

“Namun, kami menghargai dan menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia.

“Analisis mereka adalah bergantung kepada mereka dan kami menghormati analisis mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kesihatan Makro Usahawan Malaysia-China (MCEH 2023) di sini semalam.

Ahmad berkata wakil Bank Dunia yang mengeluarkan analisa itu menemui beliau dua kali pada beberapa bulan lepas di pejabatnya bagi membincangkan beberapa perkara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com