Thursday, 9, May, 2024
Utama Ekonomi Malaysia tarik komitmen pelaburan lebih RM215 bilion

Malaysia tarik komitmen pelaburan lebih RM215 bilion

oleh Ammar Haziq
YouTube player

Sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah mengadakan 17 lawatan kerja ke luar negara termasuk bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Menerusi kesemua lawatan ini, Malaysia berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah lebih RM215 bilion hasil kerja keras dan kecekapan delegasi negara di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Luar (KLN).

PM tegaskan keperluan untuk pihak berkuasa tempatan mempermudahkan proses bagi memastikan komitmen pelaburan ini direalisasikan sesegera mungkin.

Selain pelaburan, lawatan kerja ini turut memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin dengan semua negara ini, termasuk meneroka potensi kerjasama baharu yang menguntungkan kedua-dua pihak. Video – Anwar Ibrahim/PMO

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com