Saturday, 27, April, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Pegawai kanan penguat kuasa direman disyaki kemuka tuntutan palsu RM1.18 juta

Pegawai kanan penguat kuasa direman disyaki kemuka tuntutan palsu RM1.18 juta

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang lagi suspek membabitkan pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18juta.

Perintah reman selama satu hari bermula hari ini ke atas suspek berusia dalam lingkungan 40an, dikeluarkan Majistret Siti Noor Hasliza Md Ali, selepas permohonan reman dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar Kedah, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.

Semalam SPRM menahan reman 4 individu termasuk seorang pemilik syarikat dan seorang pengarah logistik penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal agensi penguat kuasa antara Julai hingga November 2020.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com